
FLORIDA, 7 April – Penyanyi rap terkenal, Offset, dilaporkan cedera selepas ditembak berhampiran Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Florida, malam Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Offset dikejarkan ke hospital dan kini stabil, mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.
- Polis mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan dan menegaskan tiada ancaman kepada orang awam.
- Kejadian berlaku lebih tiga tahun selepas rakan kumpulan Takeoff maut ditembak di Houston pada November 2022.
Menurut laporan TMZ, Offset dikejarkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa.
Sumber terdekat memaklumkan penyanyi itu berada dalam keadaan baik.
Pihak polis mengesahkan dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut dan menegaskan tiada ancaman kepada orang awam.
Insiden itu berlaku lebih tiga tahun selepas rakan kumpulan Migos, Takeoff, maut ditembak di luar sebuah pusat boling di Houston pada November 2022.-REUTERS