fb fb fb fb fb

Usaha memulih dan menstruktur ekonomi negara membuahkan hasil positif


KUALA LUMPUR, 1 Januari - Tahun 2021 merupakan permulaan kepada usaha kerajaan untuk memulih dan menstrukturkan semula ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ia dapat dilihat menerusi pencapaian positif beberapa indikator utama ekonomi makro dan rakyat.

"Buat pertama kali jumlah perdagangan mencecah RM2 trillion selepas berkembang 24.6 peratus bagi tempoh Januari hingga November 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia turut meningkat sebanyak 3.0 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021.

Sebagai indikator kepada kerancakan ekonomi di peringkat kepenggunaan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit juga merekodkan peningkatan sebanyak 5.4 peratus kepada RM116.4 billion pada Oktober 2021," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2022.

Dari aspek pelaburan pula, jelas Perdana Menteri, Malaysia mencatat perkembangan positif RM12.8 billion pelaburan langsung asing (FDI) bersih pada suku ketiga 2021.

Berbanding RM8.2 billion pada suku kedua, iaitu peningkatan sebanyak 56 peratus.

Media Baharu