KUALA LUMPUR, 1 Januari- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedia melipatgandakan usaha bagi memastikan sektor perniagaan kekal berdaya saing di peringkat global.
Justeru, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merangka pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keupayaan eksport perusahaan kecil dan sederhana (P-K-S).
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata P-K-S juga digesa sedia meneroka peluang baharu yang muncul.
"Kita ada program yang dipanggil e trade, dimana mereka ini boleh berniaga atapun mengeksport dengan menggunakan digital platform dan MATRADE bekerjasama dengan hampir 20 e -market places yang mana mereka boleh menjual barangan mereka dalam platform tersebut", katanya dalam Program Temubual secara maya di Facebook bertemakan Transformasi Industri bersama MITI.