fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 2 Oktober- Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila prestasi mata wang AS terus mengukuh, kata seorang penganalisis.

Pada pukul 9.05 pagi, unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6990/7045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas 4.6930/6970.

“Dolar AS diniagakan lebih kukuh sedikit pada hujung minggu dan pasaran menjangkakan kecenderungan Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah terus memacu pasaran mata wang,” kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada BERNAMA.

Namun begitu, ringgit diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1400/1439 daripada 3.1482/1511 pada penutupan dagangan Jumaat minggu lepas, meningkat berbanding euro untuk mencapai paras 4.9654/9712 daripada 4.9802/9845 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7300/7367 daripada 5.7522/7571 sebelumnya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang Asia yang lain.

Nilai ringgit menokok berbanding baht Thai pada 12.7927/8118 daripada 12.8808/8964 tetapi susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.8/304.4 daripada 303.5/303.9 sebelumnya.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.29/8.30 tetapi lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4370/4415 daripada 3.4457/4489 sebelumnya.- BERNAMA