fb fb fb fb fb

Urus perbelanjaan dengan berhemah,elak masalah kewangan

Perunding kewangan rakyat, Shamsuddin Abdul Kadir /fOTO rtm

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Kawal perbelanjaan melalui bajet realistik dan urus kewangan dengan bijak.

Sikap berhemah dalam berbelanja selain membuat perancangan kos, perlu diamalkan, agar tidak timbul masalah kewangan pada masa akan datang.

Perunding kewangan rakyat, Shamsuddin Abdul Kadir berkata masyarakat perlu bijak membezakan antara keperluan dan kehendak.

"Idealnya adalah belanja 70 peratus. Jangan lebih daripada 70 peratus. Kalau kita berbelanja 70 peratus tidak kira berapa jumlah pendapatan, kita akan tenang.

"Saya sudah jumpa gaji RM25,000, tetapi berbelanja lebih daripada gaji", katanya yang ditemui ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM), di sini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berlebihan dalam berbelanja dan pengurusan kewangan sangat penting untuk menjamin masa depan yang baik.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD