fb fb fb fb fb

Terbitan sukuk hijau, kelestarian perlu dipercepat - IsDB

Foto IsDB

RIYADH, 30 April- Terbitan sukuk hijau dan kelestarian harus dipercepat bagi menampung defisit pembiayaan untuk inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Menurut Presiden Bank Pembangunan Islam, IsDB, Dr. Muhammad Al Jasser, instrumen kewangan yang inovatif dapat menangani keperluan mendesak dan jurang pembiayaan bagi SDG ketika ini.

Menyedari keperluan itu, IsDB turut menetapkan sasaran pembiayaan kewangan iklim sebanyak 35 peratus menjelang 2025.

"Berita baiknya, kami telah melepasi matlamat ini dua tahun lebih awal daripada jadual.

"Pada tahun 2023, 40 peratus daripada jumlah kelulusan kami diperuntukkan kepada kewangan iklim dengan sebahagian besar ditujukan kepada pelaburan dan tenaga boleh diperbaharui serta kecekapan tenaga.

"Seiring trajektori pertumbuhan pada tahun-tahun akan datang, terutamanya dalam kewangan iklim, kami kekal teguh dengan komitmen kami terhadap pembiayaan," katanya ketika berucap pada sesi Memacu Kewangan Iklim melalui Sukuk Hijau dan Kelestarian yang diadakan sempena Mesyuarat Tahunan Kumpulan IsDB 2024 di sini.

Instrumen sukuk akan terus menjadi fokus perbincangan dalam beberapa sesi yang berlangsung hari ini.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani akan turut menjadi panel bagi sesi Pasaran Sukuk: Meningkatkan Kewangan Inovatif Global dan Domestik Masa Depan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM