fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM34.81 bilion daripada RM39.13 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM17.84 bilion daripada RM16.15 bilion sebelum ini.

Awal hari ini, bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Ia turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM16.1 bilion kepada RM17.8 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM34.8 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM17.8 bilion, kedua-duanya untuk wang dua hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus sehingga 29 April.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN