fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah, menjejaki niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 susut kepada US$2,332.20 setiap auns troy daripada US$2,338.60 ketika ditutup pada Isnin, manakala Mei 2024 turun kepada US$2,330.30 daripada US$2,356.00 setiap auns troy semalam, dan Jun 2024 merosot kepada US$2,338.5 daripada US$2,361.20 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,338.90 setiap auns troy daripada US$2,361.20 semalam.

Jumlah dagangan naik kepada 22 lot daripada lima lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41 kontrak daripada 22 sebelum itu.

Menurut London Bullion Market Association pada 29 April, harga emas fizikal berada pada US$2,333.50 setiap auns troy.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN