KUALA LUMPUR, 1 Mei- Syarikat penerbangan Malaysia Airlines akan mengembalikan semula beberapa penerbangan yang dibatalkan akibat letusan gunung berapi baru-baru ini, di Gunung Ruang.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebooknya, syarikat penerbangan itu memaklumkan penumpang yang terjejas boleh mendapatkan butiran lanjut di laman web rasmi mereka.
Walau bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
"Kemas kini akan disediakan secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas."
"Bagi mengelak sebarang kesulitan, syarikat menawarkan pelanggan pilihan perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma atau mereka boleh memilih bayaran balik secara penuh," kata kenyataan itu.
Pelanggan terjejas yang ingin menukar penerbangan mereka atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui 'My Booking' di laman web Malaysiaairlines.com