KUALA LUMPUR, 1 Mei- Pelarasan gaji penjawat awam wajar dilaksana dan tepat pada masanya.
Menurut penganalisis ekonomi, Dr. Ida Md Yassin, bagaimanapun berkata kadar kenaikannya perlu memberi tumpuan kepada kumpulan bergaji lebih rendah.
"Pada pandangan saya, bagi gaji minimum atau ditahap yang rendah memang sepatutnya dinaikkan sebanyak 13% atau lebih."
"Namun, untuk pekerja yang gajinya sudah pun tinggi, kemungkinan kadar kenaikan gajinya tidak lah sampai 13%. Kemungkinan peratusannya kurang daripada itu," kata Dr. Ida kepada pemberita RTM secara eksklusif dalam satu temu bual secara maya, hari ini.
Tambahnya, pelarasan gaji itu juga perlu seiring peningkatan produktiviti pekerja yang mampu memberi impak positif kepada ekonomi negara.