fb fb fb fb fb

HDC, IsDB dan HPDC bekerjasama, perkukuh ekosistem halal global

Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun

RIYADH, 1 Mei- Halal Development Corporation Bhd (HDC) komited untuk bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam (IsDB) dan Syarikat Pembangunan Produk Halal Arab Saudi (HPDC) bagi memperkukuh ekosistem halal global.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata itu termasuk memudah cara proses perniagaan dan akses ke pasaran halal global terutamanya di kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Selepas ini HDC, kita akan meneruskan usaha bersama pihak IsDB serta pihak HPDC untuk kita mempromosikan potensi yang ada dalam ekonomi halal global dunia."

"Ini supaya boleh merancakkan lagi pelaburan daripada pihak-pihak swasta, usahawan-usahawan dalam kalangan negara-negara OIC itu sendiri ke dalam ekonomi halal bagi mengukuhkan rantaian bekalan halal itu," kata Khairul kepada pemberita selepas Forum Kepimpinan Ekonomi Halal (HELF) 2024 yang dianjurkan bersama oleh HDC, IsDB dan HPDC.

HDC akan turut mengetengahkan produk dan syarikat tempatan ke pasaran baharu bagi memanfaatkan potensi pasaran halal global bernilai yang mencecah AS$5 trilion dolar Amerika.

Acara itu antara pengisian Forum Sektor Swasta IsDB 2024 yang diadakan sempena mesyuarat tahunan kumpulan bank multilateral itu selama empat hari berakhir pada Selasa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM