fb fb fb fb fb

Rizab BNM AS$113.4 bilion setakat 15 Mac

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia; BNM berjumlah AS$113.4 bilion setakat 15 Mac lepas.

Paras rizab memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Kenyataan bank pusat memaklumkan, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$100.8 bilion.

Selain itu, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.4 bilion, hak pengeluaran khas AS$5.8 bilion, emas AS$2.6 bilion dan aset rizab lain AS$2.8 bilion.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE