fb fb fb fb fb

Sime Darby ambil alih UMW Holdings, pacu sektor automotif dan perindustrian

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Mac- UMW Holdings Berhad (UMW) menjadi anak syarikat milik penuh Sime Darby Berhad apabila proses pengambilalihan 100 peratus kepentingannya selesai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata pencapaian itu menandakan keyakinan pasaran terhadap hala tuju strategik syarikat serta nilai yang bakal dicipta.

"Kini, fokus tertumpu kepada penyelesaian integrasi UMW ke dalam ekosistem Sime Darby yang lebih luas.

Dengan memanfaatkan kelebihan bersama dalam sektor automotif dan perindustrian, membolehkan syarikat berkenaan mengukuhkan daya saing, seterusnya meluaskan pengaruh domestik untuk memacu pertumbuhan jangka panjang," kata kenyataan itu.

Langkah tersebut juga sejajar Pelan Induk Strategi 5 Tahun Sime Darby, yang memfokuskan kepada pengembangan perniagaan teras di pasaran utama serantau dan Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM