fb fb fb fb fb

MAS, rakan penerbangan komersial rasmi Manchester United

Datuk Kapten Izham Ismail (paling kiri) pada sidang media pengumuman kerjasama dengan Manchester United

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Malaysia Airlines memeterai kerjasama strategik sebagai rakan penerbangan komersial rasmi kelab bola sepak Manchester United.

Menerusinya, kedua-dua pihak bakal bekerjasama menerusi inisiatif pemasaran dengan memanfaatkan 1.1 bilion bilangan penyokong kelab bola sepak Inggeris tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) Datuk Kapten Izham Ismail yakin, perkongsian bersama kelab ikonik itu berupaya meningkatkan jangkauan jenama 'Malaysian Hospitality' kepada khalayak global.

"Menerusi kerjasama dengan kelab bola sepak terkenal seperti Manchester United, meletakkan Malaysia Airlines ke hadapan audiens global sekali gus memperkukuh jenama khususnya di pasaran Eropah dan Asia Tenggara yang mempunyai kelompok penyokong kelab yang ramai,"katanya.

Beliau bercakap pada sidang media di ibu negara.

Perjanjian ditandangani Ketua Pegawai Eksekutif (Penerbangan), Malaysia Airlines, Ahmad Luqman Mohd Azmi, manakala Manchester United diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Pakatan dan Perkongsiannya, Victoria Timpson.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE