BAYAN LEPAS, 1 Ogos - Kerajaan Pulau Pinang akan menguatkuasakan pelaksanaan pelarasan tarif air bermula 1 Julai tahun hadapan,.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, penangguhan tarif air selama setahun ini bakal memberi manfaat kepada 715,957 pengguna.
"Kerajaan negeri telah putuskan sebelum ini bahawa kita akan menangguhkan pelaksanaan tarif yang baharu dan cuma akan berkuatkuasa pada 1 hari bulan julai 2026. Itulah tindakan negeri Pulau Pinang untuk menangguhkan pelaksanaannya supaya tidak membebankan pengguna-pengguna." katanya selepas merasmikan Penang Resilience Strategy di sini.
Bagi tarif baharu, purata kenaikan bil air untuk kira-kira 79 peratus pengguna domestik yang menggunakan sehingga 35 meter padu air sebulan bermula dari 30 sen dan RM2.55 sebulan.
Manakala purata kenaikan bil air bagi 95.38 peratus pengguna bukan domestik yang menggunakan sehingga 200 meter padu sebulan adalah antara RM3.60 dan RM35.70 sebulan.