fb fb fb fb fb

Petronas komited capai sasaran, kekal tingkat pengeluaran minyak dan gas

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited untuk mencapai sasaran mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia menjelang tiga tahun akan datang / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) komited untuk mencapai sasaran mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia menjelang tiga tahun akan datang.

Ini dijangka membuka peluang kepada pembekal Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) merentasi penerokaan, pembangunan dan pengeluaran.

Menerusi kenyataan, syarikat minyak dan gas itu sedar tenaga perlu dihasilkan dengan cara yang berpatutan dan mampan bagi memenuhi permintaan tenaga untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Bagi memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan kemampanan bekalan minyak dan gas, purata kira-kira 300 Rancangan Penambahbaikan Fasiliti (FIP) akan dilaksanakan setiap tahun untuk tiga tahun akan datang.

Ini termasuk projek pembaharuan, gas turbin dan aktiviti penukaran penjana gas serta kerja-kerja penyelenggaraan utama lain yang penting dalam mengurangkan kesesakan, memaksimumkan kapasiti hab dan membendung aktiviti pembakaran.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN