fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Rabu, menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata penurunan seterusnya telah dikekang oleh harga minyak mentah penanda aras yang stabil selain kesan penurunan kadar faedah AS yang berlarutan.

“Sentimen juga didorong apabila China mengesahkan keyakinannya terhadap pertumbuhan ekonomi dan langkah bank-bank pusat menurunkan kadar faedah dan nisbah deposit pada 2024 untuk menjadikan kredit lebih mudah ditawarkan,” katanya.

Peniaga juga berkata Wang Yiming, penasihat dasar kepada bank pusat China memaklumkan bahawa negara itu boleh mencapai pertumbuhan ekonomi 5.0 peratus pada 2024 jika pelaburan meningkat 4.0 hingga 5.0 peratus, penggunaan meningkat 6.0 hingga 7.0 peratus dan eksport kembali kepada pertumbuhan.

“China mempunyai ruang untuk meningkatkan sokongan terhadap ekonomi, memandangkan beban hutang kerajaan pusatnya agak rendah dan Indeks harga pengguna juga rendah," katanya.

Pada tengah hari, harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Maiaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 2.5 sen kepada 671.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik satu sen kepada 537.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal GMM 20 adalah 670.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 537.5 sen sekilogram.-BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN