fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek antara bank ditutup kukuh susulan operasi BNM

Bank pusat itu melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil Antara Bank Islam BNM (BNIBI) / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional susut kepada RM40.92 bilion berbanding RM41.44 bilion yang disaksikan pada pagi tadi, manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM27.37 bilion daripada RM31.40 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat itu melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil Antara Bank Islam BNM (BNIBI).

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual serta beli balik dan kemudahan komoditi bercagar Murabahah untuk tenor satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional RM40.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM27 .40 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 19 Disember.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN