fb fb fb fb fb

Pertumbuhan ekonomi lebih baik diramal pada 4.2 peratus bagi suku pertama 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 Mei- Maybank Investment Bank meramalkan pertumbuhan ekonomi lebih baik bagi suku pertama 2024, pada 4.2 peratus.

Angka itu melebihi anggaran awal 3.9 peratus diunjurkan Jabatan Perangkaan Malaysia; DOSM.

Bank pelaburan itu dalam Tinjauan KDNK Suku Tahunannya memaklumkan, ramalan pertumbuhan itu berdasarkan petunjuk dan aktiviti sektor ekonomi utama pada suku tersebut.

Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) mengukuh bagi tiga bulan pertama 2024 kepada 3.3 peratus berikutan peningkatan dalam sektor pembuatan, perlombongan dan elektrik.

Pengeluaran sektor perkilangan melonjak semula seiring prestasi industri berorientasikan eksport.

Suku pertama turut mempamerkan pertumbuhan kukuh dan Indeks Perkhidmatan pada 4.5 peratus.

Angka Keluaran Dalam Negara Kasar dijadual akan diumumkan pada Jumaat ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE