fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.17 pagi, bulan semasa Mei 2024 jatuh 2.5 mata kepada 1,605.5, Jun 2024 merosot empat mata kepada 1,605.0, September 2024 berkurangan 1.5 mata kepada 1,549.5 dan Disember turun 4.5 mata kepada 1,598.0.

Jumlah dagangan sebanyak 769.0 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 46,252 kontrak.

FBM KLCI meningkat 2.55 mata kepada 1,605.46 selepas 37 minit dagangan.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN