fb fb fb fb fb

Perjanjian Ekonomi Bersih IPEF mampu jana projek infrastruktur bernilai AS$23 bilion

FOTO FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Lebih AS$23 bilion potensi projek infrastruktur mampu diraih, menerusi Perjanjian Ekonomi Bersih bawah Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik; IPEF.

Ini termasuk AS$6 bilion projek sedia ada, dibentangkan pada Forum Pelabur Ekonomi Bersih yang berlangsung di Singapura.

IPEF yang diterajui Amerika Syarikat, disertai 14 negara rakan kongsi termasuk Malaysia.

Penyertaan negara pada forum itu diwakili Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang turut menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri IPEF.

Menurut kenyataan kementeriannya, tiga perjanjian dimeterai pada mesyuarat berkenaan iaitu perjanjian IPEF, Perjanjian Ekonomi Bersih dan Perjanjian Ekonomi Adil.

Sempena Mesyuarat Menteri, Kuala Lumpur mengemukakan instrumen ratifikasi Perjanjian IPEF Berkaitan Daya Tahan Rantaian Bekalan.

Ratifikasi perjanjian itu sebagai langkah penting ke arah mencapai objektif dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama di rantau Indo-Pasifik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE