fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 dan Disember 2024 naik 2.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,618.5 dan 1,615.0, Julai 2024 meningkat 2.5 mata kepada 1,623.0 dan September 2024 menokok 1.5 mata kepada 1,608.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,478 lot daripada 6,656 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 53,827 kontrak daripada 52,047 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 3.13 mata kepada 1,617.86 daripada paras penutup 1,614.73 sebelumnya. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF