KUALA LUMPUR, 18 November - Perbelanjaan rakyat dalam negara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada suku ketiga tahun ini, kata penganalisis ekonomi Dr Ida Yassin.
Dr. Ida berkata, ini berikutan peningkatan 12.8 peratus dalam sub-sektor pengangkutan dan penyimpanan dalam sektor perkhidmatan.
"Kalau kita melihat sub-sektor pengangkutan dan penyimpanan meningkat sebanyak 12.8 peratus.
"Jadi boleh juga jangkakan perbelanjaan rakyat Malaysia ini menyumbang kepada ekonomi negara berkemungkinan melalui e-dagang," katanya kepada RTM.
Tambahnya, ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan bertepatan dengan unjuran ekonomi negara tahun ini iaitu mencatatkan empat peratus.
Eksport dan Import dijangka kembali pulih untuk suku seterusnya kerana masing-masing menyusut sebanyak 12 peratus dan 11.1 peratus pada suku ketiga tahun ini.