KUALA LUMPUR, 20 Mei- PEOPLElogy Bhd yang disenaraikan di Pasaran Ace Bursa Malaysia hari ini, berhasrat untuk mengembangkan penyelesaian pembangunan sumber manusia bersepadunya ke seluruh Sabah, Sarawak dan rantau Asia Tenggara menjelang 2026.
Pengasas dan Pengarah Urusannya, Allen Lee berkata, syarikat itu merancang untuk menubuhkan pejabat dan pusat latihan di Kota Kinabalu dan Kuching bagi memenuhi permintaan tempatan untuk meningkatkan kemahiran.
“Kami yakin terhadap permintaan pasaran berdasarkan kajian pasaran yang telah kami jalankan, semua syarikat yang kami dekati memberi respon positif kepada rangka kerja yang kami tawarkan.
“Kami juga optimis menerusi platform inovatif seperti PeopleLeap dan Skillture, kami dapat mencapai matlamat untuk memberi impak kepada 10 juta individu dengan lebih pantas,” katanya dalam sidang media selepas penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia.
Sehingga kini, PEOPLElogy Bhd mempunyai pejabat di Johor dan Kuala Lumpur telah melatih hampir 300,000 individu.
Syarikat itu memulakan dagangan sulungnya pada 24 sen sesaham, diskaun satu sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 1.30 juta saham diniagakan.
BERITA BERKAITAN: