fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.20 bilion daripada RM31.71 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM20.30 bilion daripada RM27.34 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat menjalankan tiga tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM39.2 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM20.3 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Ia telah menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM36.8 bilion kepada RM39.2 bilion.

Pada 19 Mei 2025, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM