fb fb fb fb fb

Pengeluaran getah asli menyusut

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Pengeluaran getah asli susut 9.2 peratus kepada 26,966 tan metrik pada Mac 2024 berbanding bulan sebelumnya.

Pada bulan tersebut, 88.5 peratus daripada pengeluaran disumbangkan sektor pekebun kecil dan 11.5 peratus oleh sektor estet.

Eksport getah asli berjumlah 58,965 tan metrik, meningkat tujuh peratus berbanding Februari 2024.

China kekal destinasi utama, meliputi 48.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport, diikuti Jerman dan Emiriah Arab Bersatu.

Produk sarung tangan getah, merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.14 billion.

Prestasi pengeluaran getah asli pada suku pertama 2024 mencatat peningkatan 3.7 peratus, berbanding suku pertama 2023.

Menurut Malaysia Rubber Board Digest terbitan Mac 2024, penyusutan pasaran getah asli sejajar jangkaan bekalan yang terhad berikutan keadaan cuaca dan musim daun luruh.

Namun, rangsangan dan langkah-langkah yang berterusan serta jualan kereta lebih baik di China terutamanya kenderaan elektrik memberi sokongan kepada sentimen pasaran.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE