fb fb fb fb fb

SME Bank dan UMK jalin kerjasama inovatif melalui Inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat

MoU antara SME Bank dan UMK ditandatangani oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr.Aria Putera Ismail (dua dari kanan) dan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr. Razli Che Razak

KUALA LUMPUR, 13 Mei- SME Bank Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan; UMK menjalin kerjasama inovatif memperkasa usahawan, melalui Inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan melaksanakan beberapa program termasuk pendidikan lepasan ijazah dan eksekutif, pembangunan keusahawanan dan bantuan pembiayaan.

Ia merupakan kerjasama keempat bank tersebut bersama universiti tempatan selepas UiTM, UniSZA, dan UUM.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Aria Putera Ismail berkata, kolaborasi terbaru itu menandakan usaha bank untuk memanfaatkan kepakaran akademik dan sumber dari UMK khususnya dalam menyediakan penyelesaian tepat, sejajar keperluan perusahaan mikro kecil sederhana yang semakin berkembang.

Disokong kepakaran anak syarikat milik penuhnya, CEDAR, yang berjaya melatih lebih 80,000 peserta program, beliau yakin kerjasama berkenaan akan memacu pembangunan keusahawanan ke peringkat lebih tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE