fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup tinggi seiring pasaran serantau lain

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran juga bertindak balas positif terhadap langkah rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan China untuk menyokong ekonomi.

"Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS di tengah-tengah jangkaan bahawa pertumbuhan ekonomi global akan perlahan pada 2024," kata peniaga itu kepada Bernama.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menokok 6.5 sen kepada 692.5 sen sekilogram (kg) pada tengah hari, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 545.0 sen sekg.

Pada 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 ialah pada 693.0 sen sekg dan lateks pukal pada 546.0 sen sekg.-BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN