fb fb fb fb fb

Pas khas ekspatriat pacu ekonomi negara

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pengeluaran pas khas untuk pelabur dan ekspatriat yang bermula April ini dilihat sebagai langkah strategik yang memberi manfaat besar kepada sektor ekonomi negara.

Pas tersebut akan memudahkan urusan kemasukan serta membolehkan golongan tersebut tinggal lebih lama di Malaysia bagi menguruskan perniagaan mereka.

Penganalisis Ekonomi, Dr. Ida Md Yasin berkata kewujudan pas itu mampu menjadikan suasana kerja lebih efisien dan cekap, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

"Kita sudah memperkenalkan sebelum ini pas serantau untuk digital nomad, dan kini satu lagi pas ekspatriat diperkenalkan.

"Semua ini adalah usaha ke arah mempertingkatkan kecekapan kerajaan dalam mentadbir pelaburan serta pekerja dari syarikat multinasional," katanya ketika dihubungi RTM.

Proses pengeluaran pas tersebut akan dilakukan secara elektronik melalui sistem 'e-past'.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN