fb fb fb fb fb

Operasi BNM bantu kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 November- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM49.22 bilion dan RM23.82 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat hari ini akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari.

Ia juga akan mengadakan tender Qard bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik RM1.5 bilion berjangka masa 30 hari,.

Selain itu, BNM akan menerbitkan tender RM3 bilion bagi Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) selama 32 hari pada 9 Nov serta mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menawarkan sehingga RM49.2 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM23.5 bilion bagi tender semalaman murabahah.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE