fb fb fb fb fb

Nilai Ringgit catat peningkatan berbanding Dolar AS

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Nilai Ringgit dijangka stabil dan diunjur mencatatkan peningkatan didorong perkembangan positif had hutang Amerika Syarikat.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, nilai Ringgit telah menunjukkan trend positif berbanding Dolar Amerika, dipengaruhi keadaan ketidaktentuan yang semakin pulih.


(Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd.
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid)

"Namun apabila isu berkenaan siling hutang kerajaan Amerika Syarikat telah mula reda, kita dapat lihat nilai Ringgit berbanding mata wang Dolar AS telah mula menunjukkan trend peningkatan.

"Yang mana pada hari ini, saya melihat angka mata wang Ringgit berbanding Dolar Amerika Syarikat berada pada paras 4.5885. Jauh bezanya pada dua hingga tiga hari yang lepas, bagaimana ia melepas paras RM4.60 bagi setiap unit Dolar", katanya.

Bagaimanapun, prestasi pasaran saham masih dipengaruhi faktor luaran ekoran isu had siling hutang Amerika Syarikat.

Bercakap dalam program Biz Malaysia, beliau turut mengesyorkan agar Bank Negara Malaysia, melakukan intervensi bagi menstabilkan nilai ringgit dalam mengurangkan tekanan kemeruapan dalam pasaran mata wang.

Langkah ini dapat memanfatkan orang ramai di pelbagai peringkat, menarik minat pelabur dan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil.

Media Baharu