fb fb fb fb fb

Kadar inflasi dijangka kekal sederhana tahun ini

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Kadar inflasi dijangka kekal sederhana tahun ini berdasarkan data ekonomi semasa.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, sasaran antara 2.8 hingga 3.3 peratus itu dijangka akan dipacu pertumbuhan ekonomi global, permintaan domestik dan kestabilan harga makanan.

"Sebahagiannya kerana fokus terhadap inflasi termasuk makanan dan harga. Kita fokuskan terhadap makanan di restoran dan makanan siap yang merupakan penyumbang utama terhadap inflasi", katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Invest Fair, Grow Your Money Lahh! di ibu negara.

Malaysia turut menyaksikan angka inflasi terkawal dengan 11 bulan berturut-turut inflasi menyederhana.


(Menteri Ekonomi Rafizi Ramli)

Tambahnya, usaha ke arah menangani inflasi akan diteruskan antaranya menerusi penstrukturan ekonomi, peningkatan kapasiti pengeluaran makanan dan menggalakkan persaingan harga makanan siap.

Sementara itu, mengulas kemungkinan pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seterusnya sebagai usaha mengawal inflasi, jelasnya dasar monetari negara ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebarang keputusan perlu berdasarkan data jangka panjang dan data berasaskan bukti.

"Kebanyakan kebimbangan jangka pendek bersifat emosi. Sedangkan trajektori ekonomi, kadar dasar semalaman, bekalan wang dan polisi monetari adalah jangka panjang.

Kita akan lihat, bagaimana reaksi pasaran. Manakala isu had siling hutang Amerika Syarikat, kita berharap akan selesai minggu hadapan", katanya.

Media Baharu