fb fb fb fb fb

KOPSYA cadang terbit sukuk bernilai RM2 billion

PETALING JAYA, 5 Jun- Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) bercadang menerbitkan sukuk bernilai RM2 billion awal tahun depan bagi memenuhi pembiayaan koperasi yang tidak mencukupi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata sejak diwujudkan sepuluh tahun lalu KOPSYA telah meluluskan pembiayaan kepada kira-kira 130 koperasi dengan nilai RM1 bilion.

"Daripada jumlah itu, kita telah keluarkan sebanyak 680 juta.

"Jadi kita perlu untuk yang telah diluluskan kita ada kekurangan untuk mmenuhi sebanyak RM300 juta lebih," katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-9 KOPSYA di sini.

Sementara itu, KOPSYA turut menyasarkan 3,000 koperasi berdaftar menjadi ahlinya menjelang 2027.

Setakat ini, kira-kira 10% atau 1,600 daripada 15,315 koperasi berdaftar telah menjadi ahli KOPSYA.
(KOPSYA cadang menerbitkan sukuk bernilai RM2 billion awal tahun depan)

 

Media Baharu