fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 September- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli pada harga rendah, selepas kenaikan tiga hari berturut-turut, kata Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.

Bagaimanapun, katanya, eksport lemah, ringgit yang lebih kukuh dan beberapa pengambilan untung menjelang pengumuman data September Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) membawa kepada dagangan turun naik dalam niaga hadapan MSM.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata harga kacang soya dan minyak mentah yang lebih rendah terus memberi tekanan kepada harga MSM, tetapi jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dilihat mengehadkan penurunan harga.

"Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 dan paras rintangan pada RM3,980," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut RM14 kepada RM3,967 setan metrik, manakala Oktober 2024 meningkat RM18 kepada RM3,963 setan metrik, November 2024 serta Disember 2024 melonjak RM16 masing-masing kepada RM3,901 dan RM3,857 setan metrik.

Kontrak Januari 2025 bertambah RM14 kepada RM3,833 setan metrik dan Februari 2025 menokok RM8 kepada RM3,822 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 82,367 lot daripada 77,959 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 242,259 kontrak berbanding 237,470 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan bertambah RM20 kepada RM4,040 setan metrik.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE