fb fb fb fb fb

Labuan FSA perkenal garis panduan perniagaan broker wang

Foto BERNAMA

LABUAN, 12 September- Lembaga Perkhidmatan Labuan (Labuan FSA) memperkenal garis panduan berhubung perniagaan broker wang di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, garis panduan itu bertujuan meningkatkan rangka kerja kawal selia, selain melindungi para pelabur.
 
"Ia (garis panduan) menunjukkan Labuan FSA terus komitmen untuk mengendalikan tadbir urus yang kukuh kepada sektor kewangan yang berkembang pesat.
 
"Panduan tersebut menumpukan kepada bidang utama untuk menangani risiko dalam perniagaan broker wang.

"Ia termasuklah mengukuhkan kriteria kelayakan kerana garis panduan itu menyediakan keperluan pelesenan yang lebih jelas, di samping memastikan entiti yang layak beroperasi," katanya menerusi kenyataan.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM