fb fb fb fb fb

Niaga hadapan MSM ditutup rendah sejajar kejatuhan minyak kacang soya di CBOT

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah, berikutan kejatuhan diniaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Niaga hadapan minyak soya CBOT jatuh 0.4 peratus pada Jumaat.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata aktiviti pembelian akan terhad kepada penambahan stok secara berterusan sekali gus memberi tekanan kepada harga MSM.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,200 satu tan dan paras rintangan pada RM4,400 satu tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, seorang peniaga lain berkata pembeli kini sedang menunggu data eksport dan pengeluaran minyak sawit Lembaga Minyak Sawit Malaysia, yang dijadualkan pada 15 April.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 turun RM19 kepada RM4,498 satu tan, Mei 2024 susut RM24 kepada RM4,371 satu tan, Jun 2024 menyusut RM36 kepada RM4,282 satu tan, dan Julai 2024 jatuh RM38 kepada RM4,210 satu tan.

Kontrak Ogos 2024 susut RM33 kepada RM4,139 satu tan dan September 2024 turun RM29 kepada RM4,082 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 66,678 lot daripada 65,843 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka lebih tinggi kepada 267,644 kontrak berbanding 266,291 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi April Selatan adalah rendah sebanyak RM20 kepada RM4,510 satu tan.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN