KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal ditutup tidak diniagakan hari ini.
Kontrak bulan semerta November 2023, Disember 2023, Januari 2024, dan Mac 2024 semuanya ditutup pada 97.23.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka terus kekal sifar.
Pada penetapan pukul 11.00 pagi, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.63 peratus.- BERNAMA