fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi, mencerminkan prestasi yang memberangsangkan di niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS) berikutan permintaan yang terus kukuh.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2023 meningkat kepada US$1,987.80 setiap auns troy daripada US$1,951.90 setiap auns troy ketika ditutup semalam, November 2023 naik kepada US$1,995.90 setiap auns troy daripada US$1,960.00 setiap auns troy, dan Disember 2023 meningkat kepada US$2,006.40 setiap auns troy daripada US$1,970.50 setiap auns troy.

Kontrak Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$2,014.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 377 lot daripada 195 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 529 kontrak daripada 339 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,953.55 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 19 Oktober.- BERNAMA

(Foto hiasan)

 

Media Baharu