fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR dijangka kekal lengang minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Urus niaga kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal lengang minggu depan.

Kontrak itu tidak diniagakan minggu ini, dengan jumlah urus niaga dan kepentingan terbuka kekal sifar.

​Kontrak bulan semerta Februari 2024, Mac 2024, Jun 2024 dan September 2024 semuanya ditutup pada 97.23.

Pada Jumaat, KLIBOR tiga bulan pendasar berada pada 3.57 peratus. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF