fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan tinggi setakat tengah hari pada Selasa, sejajar dengan aliran meningkat dalam pasaran tunai.

Semasa rehat tengah hari, Ogos 2024 melonjak 11.5 mata kepada 1,658.0, September 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,637.5, Disember 2024 menokok 9.0 mata kepada 1,641.0 dan Mac 2025 naik 9.5 mata kepada 1,629.0.

Jumlah dagangan sebanyak 33,220 lot manakala kepentingan terbuka pada 79,608 kontrak.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 11.71 mata kepada 1,650.67, daripada 1,638.96 ketika ditutup pada Isnin. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA