fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mei- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini.

Pada rehat tengah hari, kontrak bulan semasa Mei 2024 menambah 3.5 mata kepada 1,611.50, Jun 2024 naik tiga mata kepada 1,612, September 2024 melonjak empat mata kepada 1,600 dan Disember 2024 memperoleh dua mata pada 1,604.5.

Jumlah dagangan sebanyak 3,351 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 48,775 kontrak.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI naik 3.12 mata kepada 1,606.03 daripada 1,602.91 ketika ditutup pada Jumaat lepas.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN