fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mei- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi setakat tengah hari pada Selasa dengan indeks utamanya meningkat 0.19 peratus dalam aliran menaik serta pendapatan korporat yang menggalakkan peningkatan sentimen pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI naik 3.12 mata kepada 1,606.03 daripada 1,602.91 semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 1.04 mata kepada 1,601.62, bergerak antara 1,601.44 dan 1,607.42 sepanjang sesi dagangan pagi.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 550 berbanding 479, 473 kaunter tidak berubah, 843 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.77 bilion unit bernilai RM1.64 bilion.

Bursa tempatan dilihat menongkah aliran serantau yang kebanyakannya mencatatkan prestasi rendah.

Indeks Hang Seng Hong Kong diniagakan rendah 0.13 peratus kepada 19,089.83 manakala Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.06 peratus kepada 3,301.72 dan Kospi Korea Selatan susut 0.01 peratus kepada 2,726.91.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM9.87, RM4.18 and RM6.80, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM12.42 dan IHH Healthcare berkurangan tiga sen kepada RM6.28.

Bagi saham aktif, saham MMAG meningkat 0.5 sen kepada 38 sen bagaimanapun waran MMAG merosot 0.5 sen kepada 15 sen manakala Farm Price melonjak 17.5 sen kepada 41.5 sen, Iconic Worldwide turun satu sen kepada 10.5 sen, AT Systematization pula naik empat sen kepada 25 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 21.08 mata kepada 12,139.38, Indeks FBMT 100 naik 20.87 mata kepada 11,744.84 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 15.23 mata kepada 12,324.19.

Indeks FBM 70 melonjak 22.21 mata kepada 17,064.21 manakala Indeks FBM ACE naik 32.17 mata kepada 5,299.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 17.63 mata kepada 17,538.01, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.65 mata kepada 193.10, Indeks Perladangan menambah 4.02 mata kepada 7,428.19 dan Indeks Tenaga melonjak 6.33 mata kepada 984.48.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN