fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada pukul 9.09 pagi, kontrak bulan semerta Februari 2024 dan September 2024, masing-masing menambah lima mata kepada 1,533.0 dan 1,510.50, Mac 2024 naik enam mata kepada 1,517.50 dan Jun 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,521.0.

Jumlah dagangan sebanyak 875 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,097 kontrak.

Selepas 35 minit dagangan, FBM KLCI naik 1.28 mata kepada 1,529.66 daripada 1,528.38 pada Khamis. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA