fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada pukul 9.30 pagi, Mac 2024 merosot 1.0 mata kepada 1,536, April 2024 berkurangan 0.5 mata kepada 1,537.5, Jun 2024 susut 3.5 mata kepada 1,538.0 dan September 2024 turun 1.5 mata kepada 1,529.5.

Jumlah dagangan sebanyak 790 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 53,807 kontrak.

Pada pukul 9.30 pagi, FBM KLCI merosot 4.08 mata kepada 1,539.67.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM