fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup tinggi pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, bulan semasa April 2024 serta Mei 2024 masing-masing meningkat 2.0 mata kepada 1,553.50 dan 1,556.50 manakala Jun 2024 menambah 0.5 mata kepada 1,555.50 dan September 2024 naik 1.0 mata kepada 1,543.50.

Jumlah dagangan menokok kepada 9,463 lot daripada 7,971 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 49,937 kontrak daripada 48,599 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI meningkat 2.01 mata atau 0.12 peratus kepada 1,555.25 daripada 1,553.24 pada Khamis. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM