fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka kebanyakannya rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah pagi ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai positif.

Pada pukul 9.30 pagi, Ogos dan September 2024, masing-masing merosot 2.5 mata kepada 1,639.0 dan 1,620.0 serta Disember 2024 berkurangan 1.0 mata kepada 1,626.0.

Bagaimanapun, Mac 2024 naik 3.5 mata kepada 1,617.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,992 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,927 kontrak.

Pada pukul 9.50 pagi, FBM KLCI naik 2.27 mata kepada 1,638.01 daripada 1,635.74 pada Jumaat lepas.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM