fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, berikutan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM35.22 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.49 bilion dalam dana Islam. 

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.2 bilion dan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta, kedua-duanya untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM21.3 bilion.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM