KUALA LUMPUR, 22 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki bahagian COMEX New York Mercantile Exchange yang lebih kukuh disokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menamatkan kenaikan kadar faedah.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 meningkat kepada US$1,988.9 setiap auns troy daripada US$1,982.5 setiap auns troy semalam, Disember 2023 menokok kepada US$1,999.0 setiap auns troy daripada US$1,992.60 setiap auns troy dan Januari 2024 menokok kepada US$2,008.7 setiap auns troy daripada US$2,002.3 setiap auns troy.
Kontrak bagi Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada US$2,017.60 setiap auns troy.
Jumlah dagangan susut kepada 113 lot daripada 216 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 237 kontrak daripada 340 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal pada US$2006.60 setiap auns troy, mengikut London Bullion Market Association pada 21 Nov.- BERNAMA