fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini apabila dolar AS menyusut berikutan pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi global, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 meningkat kepada US$2,348.0 setiap auns troy daripada US$2,344.0 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala Jun 2024 turun kepada US$2.358.50 setiap auns troy daripada US$2,365.2 sebelumnya.

Kontrak Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,358.5 setiap auns troy daripada US$2,354.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada lima lot daripada 52 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 36 kontrak daripada 85 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 24 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,342.70 setiap auns troy. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI