fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 April - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi pada Jumaat seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 meningkat kepada US$2,389.40 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,383.90 pada Khamis manakala Mei 2024 naik kepada US$2,405.50 daripada US$2,399.60 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,410.70 setiap auns troy daripada US$2,404.80.

Jumlah dagangan melonjak kepada 91 lot daripada 50 lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 120 kontrak daripada 77 kontrak pada Khamis.

Menurut London Bullion Market Association pada 18 April, harga emas fizikal berada pada US$2,382.70 setiap auns troy. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI